HeLLo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

HeLLo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
WeLcome To My woRld.

Tuesday, February 15, 2011

Talking to the moon~~

Hai semua. Tajuk ni agak sinis.
Apa kena mengena tajuk ni dengan
hidup seorang manusia.?
Kenapa ya?
Nk cakap dengan bintang, banyak
sangat pula. Matahari? huh! tak de kerja pula
nak kelua tengah-tengah hari buta semata-mata
nak luahkan perasaan dekat Sang Matahari.

Haaa. Jadi, berkatalah dia pada si Bulan.
Kan seronok tu. Sejuk, udara pun nyaman.
Haisy, nak buat apa ngomong pada Si Bulan?
Hmmm.
Kalau hati da rindu, bulan je jadi teman.
Sakit hati? Bulan jadi teman.
Kecewa? Bulan jadi teman.
hahahaa.
Senang cakap, banyak perkara
kita boleh luahkan dekat bulan.
Insya-Allah, hati akan tenteram untuk seketika.
Kenapa seketika?
Kalau anda tanya bulan macam-macam, tak ke
jiran akan berkata, budak ni gila ke?

hahahahaaha.
pandai2la cover ya!
Adios!
 

Tuesday, February 8, 2011

Jadi Guru Tuisyen (tuitor)

Oh tidak! Jadi cikgu tuisyen?
Subjek apa?
Matematik.
Bila?
Weekend (sabtu + ahad)
Gaji? hehehe
RM 3o sejam. 4-8 jam seminggu.
Wow!
Bahan?
Sedia sendiri.




ArghHHHHH!!
Mana untung kalau macam tu.
Awak penat-penat hujung minggu 
membanting tulang, dapat gaji cipot je?
Mana tidaknya, bahan kena sediakan sendiri.
Hurm. Kalau ada yang nak datang.
Kalau tiada, gimana ya pak?
Bungkus tikar la kau.
Kenapa la dapat jadi tuitor.
Ya Allah, memang la pahalanya banyak,
akhirat kejar juga, dunia?
Bukankan Allah suruh kita berjaya
keduanya??
Nak buat macm mana lagi. Rezeki jangan ditolak.
Tak apalah. Untuk anak bangsa juga.


P/s: Ikhlas=80%

Angan - Angan Saya.

Assalamualaikum.
Mungkin dah tiba pula masanya aku berkongsi
tentang angan-angan aku. Ramai sebenarnya
yang tak tahu. Even my parents. Mana tidaknya,
aku memang seorang yang pendiam. Orang
tanya sepatah, aku akan jawab setengah patah. hahaha
Punya la nak tunjukkan kependiaman tu.
Angan-angan lah yang paling orang susah nak
tetapkan.


Aku mula ada angan-angan seawal umut 6 tahun.
Masa tu, aku nak sangat pandu Go Kart. Tapi.
Tu la. Nama pun angan-angan. Tinggal 
angan -angan je. Aku memang minat dengan 
kereta yang laju. Tapi tak diatas jalan raya.
Rally, Drift, Formula one, semua tu angan-angan.


Aku nak jadi Lolipopman. HAhahahahaha
Amende tu? Lolipopman ialah bahasa pasar
untuk chief engineer in pitstop. Ala, orang
yang pegang batang lolipop yang tulis brake, 
first gear dalam F1 tu. Nampak je mudah
(main golek-golek batang lolipop), tapi untuk
jadi ketua, kita mesti berusaha keras bukan?
Gaji pun lumayan! hahaha
Bukan soal duit, tapi kepuasan sebenarnya.


Apa lagi ya?


Aku teringin sangat nak tunggang superbike.
Wah, cakap senang la. Cuba try test dulu.
Susah sebenarnya. Nak kena ada lesen B full,
kena ada 30 ribu, badan yang tegap, baru la
hot.Heheehe.
Tapi aku rasa, mustahil sangat untuk dapat
semua benda ni.


Apa yang aku cuba buat sekarang, 
TERUS BERUSAHA!

Berat Badan Saya Naik Lagi.

Hai. Kite ketemu lagi. Hurmm,. Seperti tajuk diatas, 
memang berat badan saya naik lagi. Owh sudah.
Ada la dalam 10 kilo naik. Mana tidaknya, 
masalah banyaklah juga kebelakangan ni.
Dari masalah peribadi, sampailah ke masalah
kewangan. Cikgu saya cakap, kalau stress, makan.
At least, dapat khasiat. Tapi kalau dah sampai
kawan-kawan pun dah tegur tentang ketembaman
badan ni, aku mula merangka strategi untuk kurus 
kembali dalam masa 14 hari. Ya, tiada benda yang 
mustahil sebenarnya.


Antara strategi tersebut:


Berpuasa
Ya, saya sudah pun mula berpuasa semula.
Insya-Allah, nawaitu tetap Lillahita'ala.
Lagipun, sudah lama pula aku tak buat puasa
sunat.


Joging selepas solat suboh
Haa. Jangan tak percaya pula. Aku memang dah 
lama dah joging lepas suboh. Tapi cuma tak kerap.
Lagipun, tak lama lagi, aku akan mula beraksi 
kembali. Nanti apa pula coach tengok dengan 
penampilan aku.


Hurm. Mungkin itu je yang mampu aku fikir setakat ni.
Kalau ada lagi tips yang mudah, komen lah ye.