HeLLo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

HeLLo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
WeLcome To My woRld.

Wednesday, January 19, 2011

PARIS - Jurulatih Perancis, Laurent Blanc kurang senang dengan jersi baru skuad Les Bleus yang dilancarkan kelmarin, dengan menyifatkan warna dan reka bentuknya hampir sama dengan jersi musuh tradisi mereka, Itali.
"Jersi berwarna biru penuh ini cantik, tapi mirip jersi pasukan Itali," kata Blanc selepas pelancaran jersi baru skuad Perancis oleh syarikat gergasi barangan sukan Nike, di Paris.
"Kita tahu rakyat Perancis sangat sebati dengan warna biru putih merah. Saya membuat kenyataan ini, tapi ada sesuatu yang bijak yang boleh dilakukan iaitu apabila anda melipat lengannya ke atas, maka akan muncul warna merah dari dalam.
"Bagaimanapun, ia adalah persoalan mengenai konsistensi dan keseragaman. Biarlah pemain memutuskan sama ada mahu melipat lengan jersi mereka atau tidak.
"Tidak mengapa, apabila kita memakai jersi biru, seluar berwarna putih dan stoking pula merah, maka pada akhirnya jelas kelihatan biru putih merah,'' katanya.
Nike bersetuju untuk menyuntik tajaan bernilai 42.6 juta euro setahun sehingga 2018 kepada Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF), yang menamatkan penajaan 38 tahun Adidas kepada FFF sejak 1972.
Nike menamatkan era Adidas sepenuhnya dengan memilih untuk mengubah reka bentuk kepada jersi biru penuh, di antara biru muda dan tua, manakala motif merahnya dihilangkan dengan hanya tertera logo FFF dan Nike dalam warna putih.
                                                                                                                                           -utusan-



p/s: Nk tempah? kol la. hehe

No comments:

Post a Comment