HeLLo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

HeLLo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
WeLcome To My woRld.

Wednesday, January 12, 2011

BolaSepak nEgara : Tuah @ rezeki??

Assalamuailaikum.. Hai.. Topik yang cuba saya bawa anda berfikir sejenak
ini merupakan rentetan kejayan pasukan bola sepak negara dalam kejohanan
Piala AFF Suzuki. Tidak terlambat lagi untuk diucapkan tahniah kepadar mereka.
Mengapa pula cuba dipersoalkan dengan tuah? Sudah ditakdirkan rezeki buat
mereka. Corak permainan yang menarik, disiplin dalam mengorak strategi,
penyudah yang tepat, pertahanan yang kukuh, itulah kunci kejayaan anak - anak
muda ini.

 Apa yang membuatkan sya terfikir tentang tuah?

Jersey pasukan negara berwarna biru:

Rekod perlawanan pasukan malaysia tampak meyakinkan dan boleh dibanggakan
ketika menyarung jersey biru ini. Mereka seolah-olah lebih yakin dan lebih matang
ketika menjadi si biru berbanding si belang.

Kasut merah Khairul Fahmi Che' Mat:

Siapa tak kenal dengan pemuda kelantan ini? Bak kata seorang peminat wanita negara
kita."Terima kasih kerana telah mengembalikan ke'seksi'an bolasepak negara".
Apa yang menarik tentang pemuda berusia 21 tahun ini, fizikalnya tak setinggi
Edwin Van Der Sar( keeper Man u.) tetapi boleh dikatakan prestasinya
setaraf dengan penjaga gawang negara Belanda itu. Apa yang memusykilkan, penjaga
gol muda ini lebih tangkas dan meyakinkan ketika menyarung kasut bolanya yang
berwarna merah tu berbanding dengan kasutnya yang lain. Bersama 'boot' merahnya, Khairul
cemerlang di Sukan Asia, piala Malaysia, malah ketika menjadi hero di pentas final Piala
Aff Suzuki di bukit Jalil. Berbanding dengan 'boot'nya yang lain, bolos stu gol dengan Laos, dan
2 gol di final. ketiga- tiga gol ini seperti disengajaka sahaja oleh barisan pertahanan.

Namun, tiada erti tuah sebenarnya dalam kehidupan. Jaika diamalakan, boleh menjadi
khurafat pula. Apa-apa pun, berjunglah wahai Harimau Malaya.

P/s: Jgn main laser, tros support M'sia.. =)

No comments:

Post a Comment